- Seseorang dapat menjaga hubungannya dengan Allah dan meninggalkan larangan Allah.
- Dapat mencapai matlamat organisasi seiring dengan konsep Ubudiyyah.
- Menjadikan seseorang itu lebih bertaqwa dan ikhlas kerana Allah
- Seseorang itu perlulah patuh dan redha terhadap perintah Allah
- Dapat memelihara dan menjaga hubungannya dengan Allah
- Dapat melahirkan kesedaran bahawa setiap perlakuan manusia akan dibalas setimpal dengan perbuatannya.
MEMAHAMI PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
Pengurusan islam sebagaimana yang dipetik daripada Rasid Muhamad: 2011, secara hakikatnya merupakan penterjemahaan kepada “kerajaan islam” atau pemerintahan Islam.
Oleh itu, prinsip sebuah ‘Negara Islam’ secara umumnya ia melibatkan prinsip-prinsip pengurusan islam iaitu al Ubudiyyah, al-Adalah, as-Syura, al Hurriyah dan al-Musawwah.
PENGERTIAN AL-UBUDIYYAH
Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Ubudiyyah merujuk kepada sifat pengabdian diri seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah. Oleh itu, seluruh kegiatan seseorang individu dan juga seluruh kegiatannya di dalam organisasi perlulah diikat dengan pengabdian diri kepada Allah
Maklumat tambahan..
https://www.powtoon.com/online-presentation/dxxnzX8K85X/matlamat-tidak-menghalalkan-cara-konsep-ubudiyyah/
Maklumat tambahan..
https://www.powtoon.com/online-presentation/dxxnzX8K85X/matlamat-tidak-menghalalkan-cara-konsep-ubudiyyah/
No comments:
Post a Comment