Semua pihak mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain. Majikan tidak akan berjaya tanpa sokongan orang bawahandan sebaliknya. Oleh itu untuk mengharmonikan keperluan itu. Islam hendaklah menggariskan elemen-elemen asas yang perlu dilaksanakan dalam sistem pengurusan untuk mencapai segala sasaran dan objektif yang hendak dicapai oleh sesebuah organisasi. Tanpa kerjasama yang erat sudah tentu segala perancangan yang dirancang tidak akan tercapai.
Sebagai rumusannya, Islam mempamerkan sifat- sifat istimewa yang ada dalam pentadbiran dan pengurusan Islamantaranya ialah :
- Kepimpinan Islam mengambil kira kedua dua belah pihak secara sepadu iaitu pemimpin dan yang dipimpin.
- Islam menonjolkan sikap sederhana dalam setiap perkara.Tindakan perundangan merupakan langkah terakhir yang perlu diambil untuk mengatasi sebarang salah laku yang wujud dalam organisasi. Langkah diplomasi iaitu melalui konsep menasihati, tegur menegur merupakan langkah awal yang boleh dilakukan untuk mengatasi setiap permasalahan.
- Islam banyak menonjolkan ciri-ciri pemimpin dan kepimpinan yang tebaik selapas usaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
Menyebut prinsip di dalam Islam berhubung dengan kerja prinsip ubudiyyah, memang mudah tetapi menghayatinya tidak semudah menyebutnya. Apabila saya renung dan fikir terhadap kerja kami sebagai pelajar, hati kami terasa gementar,apakah kerja kami diterima Allah sebagai amal salih?apakah kami amanah dengan kerja, apakah kami ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab, apakah ilmu yang diperolehi diberkati, bagaimanakah kami hendak menampung lompang-lompang yang ada, apakah kami tidak takut doa orang-orang yang kena zalim sedangkan tiada hijab antara doa orang yang kena zalim dengan Allah dan banyak lagi soalan-soalan yang harus kami jawab. Mungkin saudara-saudari juga pernah terfikir seperti apa yang saya fikir. Apa pun kita sebagai orang yang beriman tetap bersangka baik terhadap rahmat dan kasih sayang Allah, mudah-mudahan amal dan kerja diterimanya sebagai ibadah walau pun berlobang-lobang lebih dari daun yang dimakan ulat.
No comments:
Post a Comment