Sunday, 4 September 2016

ISI KANDUNGAN

Aplikasi ubudiyyah dalam struktur :
  1. Organisasi
  2. Akhlak
  3. Etika dan adab kerja
  4. Pelaksanaan aktiviti/program

1. Organisasi terbahagi kepada dua jenis :
  • Ketua organisasiKetua atau pengurus merupakan orang tertinggi di dalam sesebuah organisasi. Menjadi seorang ketua bermakna beliau memikul tanggungjawab dan amanah yang besar terhadap organisasi sama ada kepada orang bawahannya mahupun kepada kejayaan organisasi. Oleh itu apabila seseorang memikul tanggungjawab sebagai pemimpin maka perlulah dipastikan bahawa segala urusan diri dan organisasinya berpaksikan kepada agama.
  • Ahli organisasiSetiap ahli perlu mempunyai hati yang ikhlas, tawakal, cinta dan keyakinan yang teguh dan patuh kepada Allah. Rasa cinta dan takut kepada Allah akan menjadikan insan mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan. Ahli organisasi juga perlulah sentiasa menuturkan kata-kata yang baik sesama ahli organisasi kerana menuturkan perkataan yang baik itu menunjukkan ubudiyah kita melalui ucapan.Antara ucapan yang baik adalah ucapan salam apabila bertemu sesama lain. Ahli organisasi perlulah menjauhi larangan Allah dari bercakap perkara-perkara yang mendatangkan dosa seperti mengumpat dan menghina orang lain
2. Akhlak
  • Sebagai sebuah organisasi yang mengharapkan keredhaan dan rahmat dari Allah, perlulah memupuk akhlak yang baik dalam kalangan ahlinya. Sebagaimana Rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak, akhlak merupakan perkara penting dalam kehidupan insan di dunia ini. Persoalannya bagaimanakah untuk memupuk akhlak yang baik dalam diri setiap manusia. Disinilah perlunya tazkiyatul nafs iaitu pembersihan jiwa. Jiwa yang bersih dapat menghasilkan akhlak yang baik
  • Antara akhlak yang baik yang perlu wujud dalam sebuah organisasi adalah seperti saling hormat-menghormati, menjaga adab pergaulan, saling menasihati, pemaaf, rendah diri, amanah dan sebagainya. Akhlak yang baik menunjukkan peningkatan nilai ubudiyah dalam organisasi tersebut. Hal ini kerana ubudiyah seperti dijelaskan diatas tidak hanya bermaksud melakukan ibadah yang khusus tetapi ia juga meliputi segala akhlak, perbuatan, perbualan dan perkara yang membawa kebaikan sama ada kepada agama, insan dan masyarakat.
3. Etika dan adab kerja terbahagi kepada tiga jenis :

  • Niat yang ikhlas kerana AllahNiat yang ikhlas dalam pekerjaan menunjukkan betapa dekatnya hubungan perhambaan seseorang dengan Allah. Begitu juga dalam sesebuah organisasi, ahli-ahli di dalam organisasi melakukan sesuatu niat kerana Allah dan mengharapkan rahmat dan keredhaan Allah supaya suatu pekerjaan itu tidak siasia. Hasil daripada ikhlas akan melahirkan pekerja yang bertanggungjawab dan berkerja dengan penuh kerelaan hati, kesungguhan, penelitian serta bersegera untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.
  • Mengutamakan ibadah khusus -  seperti sembahyang, puasa dan sebagainya
  • Tepati masa
4. Pelaksanaan aktiviti/program
  • Antara aktiviti yang boleh dijalankan dalam organisasi bagi menunjukkan ubuidyah kepada Allah adalah menganjurkan tazkirah pada setiap bulan, membaca al-Quran setiap pagi dan sebagainya. Perlaksanaan ini menunjukkan ubudiyah kita kepada Allah. Organisasi boleh mengadakan aktiviti yang mendekat diri kepada Allah seperti pemberian zakat kepada asnaf yang memerlukan, bantuan sedekah dan bantuan kepada anak-anak yatim. Tambahan lagi, organisasi besar seperti syarikat juga boleh memberi inisiatif seperti bantuan menunaikan haji bagi pekerja yang produktif dan ini akan menggalakkan lagi mereka bekerja lebih tekun. 
Konsep al ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan pembentukan individu, tetapi juga membentuk hala tuju sertabudaya organisasi tersebut. Antara kepentingan yang berkaitan dengan al-ubudiyyah serta kedudukannya dengan organisasi adalah seperti yang berikut.

  • Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah.Konsep ini akan menjadikan matlamatnya sesuatu yang sejajar dengan matlamat yang hendak dicapai oleh islam
  • Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep al-ubudiyyah kepada Allah.Konsep ini menjadikan cara untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip islam disamping menegaskan penolakkan terhadap konsep 'matlamat menghalalkan cara'.
  • Budaya yang wujud dan subur dalam organisasi perlu didokong dengan semangat pengabdian diri kepada Allah SWT. Maka, budayayang bernafaskan nilai islam akan wujud di dalam organisasi tersebut.

Jika konsep al-ubudiyyah ini difahamkan dan dihayati dengan baik, maka elemem ini mampu memberikan kesan yang positif kepada pembentukan watak warga organisasi serta budaya organisasi yang di wujudkan. Antara perkara penting dalam kedudukkan tersebut termasukklah yang berikut.

  • Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama. hal ini menjadikan mereka seorang yang sensitif terhadap arahan dan tegahan dalam agama islam. Oleh itu, perkaitan ini dapat menggambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi.
  • Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi itu sebagai suatu ibadah, iaitu dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya. Penghayatan konsep ini amat penting dalam usaha memupuk nilai dan budaya yang positif di dalam organisasi.
  • Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Budaya positif akan menyumbangkan ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai perkara yang negatif seperti rahsuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
  • Agama menjadi unsur utama dalam menetukan tindak tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Dengan itu, seluruh warga organisasi dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan perkembangan organisasi.
Kesan Ubudiyyah

  • Ubudiyah dapat mengelakkan masala sosial dan perlanggaran etika kerja dalam organisasi. Pekerja yang taat kepada Allah akan sentiasa menjauhi perkara-perkara yang ditegah dan dibenci oleh Allah seperti curi tulang, tidak amanah mengumpat rakan sekerja dan sebagainya. Ketua dan ahli kepada organisasi sudah tentuakan memastikan ahlinya menerapkan sifat amanah dan tanggung jawab dalam setiap aktiviti yang dilakukan setiap masa. Selain itu, akhlak yang mulia ini akan menjadi contoh dan teladan dalam sesebuah organisasi dan akan mendorong ahli yang lain bersifat mulia.
  • Sebuah organisasi akan mencapai kejayaan dengan lebih mudah kerana mempunyai ahli organisasi yang bekerja dengan rajin dan bersungguh-sungguh. Ahli organisasi yang mempunyai rasa pengabdian kepada Allah akan menjadikan setiap amalan sebagai ibadah dan sudah tentu kerja akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Ahli organisasi lebih bertanggungjawab terhadap kerja yang dilakukan. Atas rasa tanggungjawab itu ahli organisasi akan memperbaiki mutu kerja dan telus dalam melakukan pekerjaan.
  • Wujud suasana positif dan tidak mudah putus asa di dalam sesebuah organisasi yang mengutamakan prinsip ubudiyah. Hal ini kerana ahli-ahli organisasi sedar akan ketentuan Allah. Setiap perkara yang dirancang tidak semestinya akan tercapai seperti yang diingini kerana semua urusan di dunia ini berjalan seperti di dalam perancangan Allah.

No comments:

Post a Comment